Hai kawan-kawan,hari ni saya nak cerita pasal novel kegemaran saya...
Untuk pengetahuan semua saya memang suka baca novel kalau ade masa...
Tapi saya tak suka novel yang terlalu fokus kepada cinta sahaja...
Saya suka novel yang banyak pengajaran dan letakkan cinta sebagai selingan sahaja...
Saya akan bagitau kawan-kawan novel apa yang saya suka...
1.Versus
Novel ni cerita pasal perubahan.Manusia boleh berubah ok.Novel ade laa pasal cinta sikit-sikit tapi lebih mengisahkan macam mana Ashraf Omar dan Minn Edina boleh berubah jadi lebih baik.Dari remaja lepak tepi jalan kepada remaja yang mula sujud pada Allah.
2.Contengan Jalanan
Novel ni pun pasal perubahan.Dalam novel ni penulis cerita macam mana Ku Kamaruzzaman dan Affendy mula cari erti hidup.Dari remaja yang tak kisah pasal agama kepada remaja yang meletakkan Agama Islam dan Allah nombor satu dalam hidup.Paling penting novel ni tak de langsung pasal cinta.
3.Ayat-ayat cinta
Novel ni memang ade pasal cinta tapi banyak pengajaran.Saya nangis masa baca novel ni.Kisah cinta suci Fahri dan Aisha lepas tu muncul Maria sebagai orang ketiga.Novel ni banyak cerita pasal agama,kesabaran dan banyak lagi pengajarannya.
4.Tautan Hati
Novel ade pasal cinta tapi bukan mengisahkan cinta semata-mata.Banyak pengajaran.Saya suka sangat dengan watak Hassan Al Banna.Novel ni sangat best sebab merangkumi banyak aspek dalam kehidupan.
4.Biarkan ia pergi
Novel mengisahkan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh nak bertanggungjawab atas kesalahan yang pernah dilakukan.Zaquan Zachery dah melakukan kesalahan besar terhadap Alissa dan cari Alissa bertahun-tahun semata-mata nak tebus balik kesalahan dia tu.
Ni je yang dapat saya senaraikan.Sebenarnya banyak lagi yang saya suka.Tapi ni yang paling saya suka.Kawan-kawan semua dah baca belum semua novel ni.Kalau belum baca cepat-cepat laa beli dan baca
No comments:
Post a Comment