Tembikai merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW.Anas bin Malik menceritakan ,"aku melihat Rasulullah SAW makan tembikai dan tamar." (riwayat Tirmizi).
Tembikai dapat mencegah penyakit.Ini bertepatan dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir bahawa Rasulullah SAW bersabda, "makan tembikai sebelum makan makanan berat dapat mencuci perut dan penyakitnya."
Kelebihan tembikai adalah:
1.PADAT DENGAN ANTIOKSIDAN
Tembikai merupakan sumber vitamin C dan vitamin A yang baik serta pekat dengan beta karotena.Antioksidan ini bergerak melalui badan dan meneutralkan radikal bebas.Tembikai yang benar-benar masak ranum mempunyai kandungan antioksidan yang banyak.Menurut hasil penyelidikan Universiti Innsbruck,Austria,buah yang masak ranum dan hampir busuk didapati antioksidannya meningkat.Kajian Jabatan Pertanian Amerika pula mendapati,jumlah karotenoid di dalam tembikai khasnya likopena dan beta karotena akan meningkat jika disimpan pada suhu bilik.
2.MEMELIHARA JANTUNG
Likopena,sejenis karotenoid yang padat di dalam tembikai mampu memperbaiki fungsi kardiak.Beta karotena yang padat didalam tembikai mampu memperbaiki fungsi kardiak.Beta karotena yang terkenal dengan sifat antioksidandan antipenuaan amat baik untuk kesihatan jantung.Serat,vitamin C,karotenoid dan potasium tembikai membantu mengurangkan kolesterol,justeru mampu menyelamatkan jantung.Potasium pula mengurangkan risiko serangan jantung.
3.KENCING MANIS
Pengidap kencing manis sering berasa lapar kerana mereka tidak boleh mengambil makanan ruji dengan banyak kerana memberi kesan yang buruk kepada penyakit tersebut.Justeru,tembikai boleh dijadikan alternatif bagi mengenyangkan perut.Sepotong besar tembikai masih rendah kalorinya.Air tembikai yang banyak pula boleh megatasi rasa lapar.Pelbagai vitamin dan mineral tembikai seperti magnesium dan potasium membantu melaraskan fungsi insulin didalam tubuh dan merendahkan kandungan gula dalam darah.
4.DARAH TINGGI
Potasium dan magnesium yang hadir didalam air tembikai sangat baik bagi menurunkan tekanan darah.Karotenoidnya pula menghalang pengerasn dinding-dinding arteri dan vena (urat darah),sekali gus membantu mengurangkan tekanan darah.
5.MEMELIHARA GINJAL
Potasium di dalam tembikai membantu membersihkan mendapan toksik di dalam ginjal.Ia juga sangat membantu mengurangkan kepekatan asid urik di dalam darah,justeru boleh mengelakkan kerosakan ginjal.Kerana tembikai banyak air,ia menggalakkan kencing yang kerap.Kerap kencing akan membersihkan ginjal.Antioksidan tembikai pula memastikan ginjal sentiasa berada dalam keadaan baik.
6.MACULAR DEGENERATION
Ketika kanak-kanak,lobak merah amat baik untuk memelihara kesihatan mata.Apabila dewasa,buah-buahan didapati lebih baik dalam memelihara kesihatan mata berbanding sayur-sayuran.Tiga sajian buah-buahan sehari dapat mengurangkan risiko macular degeneration iaitu penyakit mata yang berkait dengan peningkatan usia.Kajian mendapati,pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin antioksidan seperti vitamin A,C dan E serta karotenoid dapat mengurangkan kerosakan mata yang teruk seperti hilang penglihatan.
No comments:
Post a Comment