Hai kawan-kawan hari ni saya nak cakap pasal "cara jauh daripada dosa".Semua orang mesti nak jauh daripad dosa kan?Siapa yang nak hati hitam diselaputi dosa.
Saya ada 4 cara nak menjauhi dosa:
1.Dekat dengan Al-Quran
Hati yang dekat dengan peringatan Allah yang terdapat dalam Al-Quran pasti akan beringat dan berfikir dua kali sebelum melakukan apa-apa perkara.Apa yang penting baca Al-Quran dan fahami isi kandungannya juga.Oleh itu,jom kita sama-sama membudayakan Al-Quran.Baca Al-Quran walau diman saja kita berada.
2.Meneladani Orang Soleh
Baca dan kaji kisah-kisah kehidupan para Rasul,Nabi,Wali Allah,Ulamak dan orang soleh menjadi tatapan setiap waktu.Kehidupan mereka yang dilimpahi nikmat dan kurniaan daripada Allah.Di samping itu,kita juga bole mencontohi cara mereka bersyukur ketika dikurniakan nikmat dan cara mereka berhadapan dengan dugaan dan cabaran.
3.Ingat kesan sampingan dosa
Sentisa beringat bahawa balasan dan hukuman daripada Allah akibat dosa yang dilakukan pasti akan diterima.hukuman ini dibayar secara tunai sama ada sejurus selepas dosa dilakukan,pada keesokan hari,tahun depan ataupun balasan yang berganda-ganda di akhirat kelak.Yang pasti,balasan Allah pasti akan ditimpakan kepada mereka yang tidak malu membuat kemungkaran dimuka bumi Allah ini.Hanya orang yang beringat tentang hukuman buruk yang akan diterima akan meninggalkan perbuatan dosa dalam hidupnya.
4.Patuh dan taat.
Peringatan tentang halal dan haram sesuatu perkara tersemat rapi dalam genggaman manusia yang mahu dirinya jauh daripada melakukan dosa.Tidak kiralah dosa besar seperti minum arak,judi,berzina ataupun dosa kecil.Dirinya juga akan sentiasa berhati-hati dengan segala perkara yang samar-samar antara halal dan haram,dan sudah pasti keredaan Allah itu yang terutama bagi dirinya dalam melakukan apa-apa jua perkara.
Terima kasih kerana sudi membaca...
No comments:
Post a Comment