Apakah yang dimaksudkan dengan kita harus berhati-hati dengan pasar?Sebenarnya kita memang seharusnya berhati-hati apabila pergi ke mana-mana sahaja seperti di jalan,di rumah dan di tempat-tempat awam,termasuk dipasar.Tetapi maksud hati-hati disini berbeza pengertiannya.
Pernahkah kita terfikir yang disebalik gemerlapnya pasar ternyata menyimpan segudang maksiat?Rasulullah bersabda:
"Tempat yang paling dicintai Allah adalah masjid-masjid dan tempat yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasar" [Hadis ini direkod oleh Muslim]Apabila diteliti daripada hadis ini,Rasulullah SAW menyuruh supaya kita tidak terlalu mencintai pasar,tidak berasa senang ketika berada di pasar dan tidak terlalu lama ketika berada didalamnya,Rasulullah juga memerintahkan supaya kita tidak pergi ke pasar kecuali apabila ada keperluan yang harus dibeli.
Apabila kita perhatikan,pada waktu ini ada banyak pasar-pasar moden seperti supermarket,hypermarket dan kompleks beli belah bertebaran di seluruh negara.Pasar boleh menjadi tempat kita terlena dan lalai kepada perkara lain.
Salman al-Farisi berkata:
"Janganlah sekali-kali menjadi orang yang pertama masuk pasar dan yang paling akhir keluar kerana di situlah tempat syaitan memacakkan benderanya" [Riwayat Muslim]
Pasar juga adalah tempat syaitan ketawa bahagia kerana dia memiliki banyak kesempatan bagi menggoda manusia.Tempat dimana syaitan melalaikan manusia daripada zikir kepada Allah kerana hati manusia sibuk melihat pelbagai barang yang ditawarkan di pasar.Disini ada tawaran diskaun,disebelah sana ada potongan harga,jualan cuci gudang dan sebagainya.
Beberapa perkara lain yang menyebabkan pasar dibenci oleh Allah adalah kerana pasar merupakan tempat terjadinya fitnah dan kemungkaran.Ramai orang yang rugi kerana menjadi korban penyeluk saku,kecurian,janji diingkari dan berlaku temu janji penuh dosa antara pasangan yang bukan mahram.
Ada juga yang datang ke pasar hanya untuk melihat-lihat,bertanya itu ini tanpa membeli apa-apa pun.Ada juga penjual lelaki yang berbincang-bincang akrab dengan pembelinya,sedangkan perkara ini boleh membawa kepada terjadinya kemaksiatan.
Oleh kerana sebab-sebab diatas,Allah mengharuskan manusia agar tidak tergiur atau tertarik hati dengan pasar.Rasulullah SAW sebenarnya tidak melarang para muslimah untuk pergi kepasar,apa lagi apabila ada sesuatu yang diperlukan.Walaupun begitu,ada syarat-syarat yang harus ditaati apabila hendak kepasar.
Syarat-syarat pergi ke pasar:
- Memiliki tujuan-Jangan pergi ke pasar sekiranya tidak ada sesuatu yang mahu dibeli.
- Mengetahui apa-apa yang mahu dibeli-Suatu yang tidak baik jika masuk ke pasar terus kebingungan kerana tidak tahu apa yang ingin dibeli.
- Meminta izin-Untuk pergi kemasjid sahaja wanita perlu meminta izin daripada suami atau ibu bapa,apalagi sekiranya mahu pergi ke tempat yang ramai dan banyak bahayanya seperti pasar.Ini semua demi menjaga keselamatan.
- Menutup aurat-Pasar dianggap sebagai tempat maksiat kerana menjadi tempat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Wanita yang menutup aurat pun masih menjadi perhatian,apalagi sekiranya ada aurat kita yang terdedah.Hal ini boleh menjadi tontonan seluruh lelaki yang ada di pasar.
- Menjaga pandangan-Tujuannya agar tidak tergoda dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama seperti membazir,bermain mata dengan lelaki dan melihat orang melakukan maksiat.
- Jangan lupa berdoa-Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah atas semua perkara yang kita lakukan termasuklah ketika kita berada di pasar.Hanya Allah lah yang dapat menolong kita.
- Menjaga sikap-Kita mesti berhati-hati apabila berada di pasar.Seharusnya kita mampu menjaga tingkah laku dengan mengekalkan sikap sopan santun selama berada di pasar.Hal ini penting bagi menghindari daripada perkara-perkara yang tidak baik.
- Menjaga jarak-Kita perlu sentiasa berhati-hati dan tidak berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram,terutama dengan penjual.
- Jangan mudah tertarik hati-Di pasar memang banyak tawaran yang menarik.Namun kita harus berwaspada supaya tidak tertarik dengan pakaian-pakaian yang tidak sesuai dengan syariat Islam.
- Berjimat-Ada kalanya barang-barang yang ditawarkan di pasar membuat kita ingin membeli,padahal kita belum tentu memerlukan barang-barang itu.Inilah masanya kita perlu bijak memilih,yang mana barang keperluan dan mana yang merupakan keinginan semata-mata.Belilah barang yang diperlukan agar kita dapat berjimat cermat,sebab sikap boros adalah cerminan sikap manusia yang mensia-siakan nikmat Allah.
- Mengatur waktu-Ada ketikanya pasar penuh sesak.Oleh itu,sebaik-baiknya kita atur waktu kita dengan baik dan terancang.Pergilah ke pasar ketika keadaan tidak sibuk,hal ini bagi menghindari kita berasak-asak dengan lelaki yang bukan mahram,yang akan membuatkan keselesaan kita sebagai muslimah terganggu.
No comments:
Post a Comment