Thursday, 18 April 2013

Mengadu domba



Hari ni saya nak cakap pasal mengadu domba.
Apa yang dimaksudkan dengan mengadu domba?
Mengadu domba boleh didefinisikan sebagai memperlagakan seseorang dengan orang lain.Hal ini bermaksud perbuatan seseorang yang mengadu tentang keburukan atau aib orang lain sehingga boleh menimbulkan fitnah dan pergaduhan.Selalunya seorang pengadu domba akan menjadi orang tengah yang akan melagakan kedua-dua pihak.
Pengadu domba ini suka menceritakan keadaan dan hal orang lain yang tiada kaitan dengan dirinya.Mereka tergolong dalam golongan yang yang berusaha untuk memutuskan perhubungan sesama manusia dan sifat ini termasuk dalam golongan orang yang bersifat mazmumah.

Rasulullah telah berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang diseksa didalam kuburnya. Rasulullah bersabda: "Dua orang (yang berada dalam kubur ini) diseksa kerana melakukan dosa besar iaitu salah seorang daripada kedua-duanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah terkencing sementara yang satu pula berjalan (dalam kalangan manusia) dengan mengadu domba." (Riwayat Bukhari.)

Tip untuk mengelak daripada pengadu domba:

1.Jangan mempercayai kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang fasik.Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah).Allah berfirman: "Wahai orang yang beriman!Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita ,maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujarat:6)

2.Melarang orang yang datang untuk mengadu domba dan menasihatinya supaya berhenti daripada mengadu domba seperti firman Allah: "Suruhlah berbuat kebaikan seta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar." (surah al-Luqman:17)

3.Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah.Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah.

4.Pengadu domba adalah sikap bersangka buruk terhadap sesama insan dalam Islam.Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa)" (Surah al-Hujurat:12)

5.Jangan memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan "(apa yang disampaikan).Firman Allah:Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang." (Surah al-Hujurat:12)

6.Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang daripada perbuatannya.Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain,maka dalam keadaan ini kamu sendiri melakukan apa yang kamu larang.


salam ukhuwah

No comments:

Post a Comment