Ikhlas adalah niat beribadah bagi mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.Kita juga harus beras ikhlas atas apa yang ditakdirkan oleh Allah,kerana segalanya telah diatur oleh Allah.Tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang terjadi diluar pengetahuan Allah.
Memiliki rasa ikhlas bererti kita berasa bersyukur dengan segala yang kita perolehi..Bagaimanapun,kita harus tetap bersabar apabila Allah belum mengabulkan sesuatu yang kita inginkan.Menanamkan rasa ikhlas dihati memang susah.Walaupun begitu,kita harus terus berusaha.
Terdapat tiga tempat yang patut kita tanamkan rasa ikhlas iaitu:
- Ikhlas dalam perkataan dan segala yang berkaitan dengan lidah.
- Ikhlas dalam hati.
- Ikhlas dalam aktiviti,perbuatan,pengamalan dan semua ibadah kita kepada Allah.
Dengan berbekalkan rasa ikhlas,kita tidak akan berasa lelah dalam berjuang menempuh kehidupan,sebaliknya kita akan lebih tabah dan bersemangat meskipun ujian datang silih berganti.Keikhlasan adalah sumber kenikmatan yang tidak pernah kontang dan akan selalu mendatangkan keberkatan.Oleh itu,tanamkanlah rasa ikhlas dihati saat kita melakukan segala perbuatan baik.Selain daripada itu,kita perlu mematuhi beberapa syarat supaya keikhlasan kita sempurna dan amal perbuatan kita tidak sia-sia dimata Allah SWT.
Syarat kesempurnaan ikhlas:
- Berniat baik,iaitu menanamkan niat yang tulus dan mengharapkan keredhaan Allah.
- Melaksanakan amalan yang baik,iaitu melaksanakan amalan-amalan baik yang disyaratkan oleh Allah.
- Sikap yang baik ,iaitu memiliki pandangan dan sikap yang baik terhadap orang lain serta menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,juga redha kepada qadak dan qadar-Nya.
No comments:
Post a Comment