Setiap perkara yang kita buat mesti ada adabnya.Adab makan,adab tidur,adab dengan orang tu dan sebagainya.Kali ni saya nak br cakap pasal adab menuntut ilmu.
Antara adab menuntut ilmu adalah:
1.Niat yang ikhlas
Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun mengkehendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT,maka disediakan tempat duduknya daripada neraka" [hadis Riwayat Tirmizi]
2.Tulis setiap yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin ilmu.Abu Hurairah berkata: "Tidak ada seorang pun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin Al Asr,maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi]
3.Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambali berkata:"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya" [Kitab Muntalaq Talib al Ilmi,Husin Ya'cob]
4.Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Sesungguhnya orang-orang tang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air,mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada meraka.Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik,mereka sikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)" [Az Zariyat 51:15-18]
5.Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat,maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
-peringatan untuk diri sendiri-
No comments:
Post a Comment