Thursday, 25 April 2013

Hubungan Dengan Jiran Tetangga


Sebagai orang Islam,kita diajarkan tatacara berhubungan dengan Allah SWT atau desebut sebagai hablun minallah.Selain itu,kita juga diajar bagaimana berhubungan sesama manusia atau disebut sebagai hablun minannas.Salah satu hubungan sesama manusia itu adalah hubungan dengan jiran tertangga.Jiran adalah orang yang tinggal paling dekat dengan kita.Pada suatu masa,kita pasti memerlukan bantuan orang lain.Orang yang pertama dapat membantu kita adalah orang yang paling dekat dengan kita iaitu jiran.


Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya bersatu dalam melakukan kebaikan.Seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.Dan bertakwalah kepada Allah,kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab-seksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)
[Surah al-Maaidah:2)

Dalam ayat ini,Allahh melarang umatnya hidup secar individualistik dan egois.Oleh kerana itu,Allah memerintahkan kita supaya memuliakan orang yang berada disekitar kita iaitu jiran.Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia memuliakan jirannya."
[Hadis riwayat Muslim]

Cara-cara memuliakan jiran:
  • Mempamerkan wajah yang manis kepada jiran.
  • Memberikan senyuman,salam dan bertegur sapa apabila bertemu.
  • Tidak menceritakan keaiban jiran kepada orang lain.
  • Tidak memandang rendah, apalagi sampai menghinanya.
Memuliakan jiran tetangga akan mendatangkan kerukunan, kerana seorang jiran mempunyai peranan dalam memelihara harta dan kehormatan warga di sekitarnya.Dengan kata lain,setiap umat Islam adalh penjaga dan harus bertanggungjawab kepada keselamatan harta jirannya.Apabila semua umat Islam melaksanakan tugas ini, sebuah hubungan yang harmoni akan terbentuk.Keharmonian ini juga akan mewujudkan benteng yang kuat dan kukuh untuk mengelakkan anak-anak daripada terlibat dalam perkara-perkara yang tidak bermoral.



Terima Kasih
-peringatan untuk diri sendiri-





salam ukhuwah

No comments:

Post a Comment