Thursday, 25 April 2013

Amar Makruf Nahi Mungkar


Amar Makruf bererti menyeru kepada kebaikan,iaitu mengajak orang lain membuat kebaikan menurut syariat Islam dan mengajak orang lain mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sedangkan nahi mungkar bererti mencegah perbuatan mungkar iaitu mencegah,menjauhi ataupun melarang terjadinya segala perbuatan buruk yang sudah ditetapkan oleh syariat Islam.


Setiap umat Islam diwajibkan melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar .Tidak terkecuali seorang muslimah.Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa antara kamu melihat suatu kemungkaran,
maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya.
Sekiranya dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lisannya.
Sekiranya dia tidak mampu juga, 
maka ubahlah ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman."
[Hadis ini direkodkan oleh Muslim dan Ibnu Majah]

Umat Islam diwajibkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar kerana ini adalah pelindung kepada diri dan agamanya.Apabila kita tidak melakukannya,lama kelamaan ia akan menghancurkan sistem masyarakat.Allah SWT berfirman,maksudnya:

Kamu adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada
yang mungkar,serta kamu pula beriman 
kepada Allah.
(Surah Ali Imran:110)

Setiap muslim yang selalu melaksanakan amar makruf nahi mungkar akan mendapat balasan daripada Allah SWT seperti:

  1. Ditinggikan darjatnya ke tingkat yang setinggi-tingginya.
  2. Terhindar daripada kebinasaan,sebagaimana Allah membinasakan  Firaun berserta orang yang berdiam diri ketika melihat kezaliman.
  3. Mendapat pahala berlipat ganda daripada Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang mengajak orang berbuat baik,maka dia akan mendapat pahala.
Apabila orang yang diajak itu membuat suatu kebaikan,dia turut sama mendapat pahala sehingga ke hari kiamat,tanpa mengurangi pahala orang yang berbuat baik itu sedikit pun."

4. Terhindar daripada laknat Allah sebagaimana yang terjadi kepada Bani Israel kerana mereka enggan mencegah kemungkaran. (Surah al-Maaidah:78-79)

"""""""""""""







salam ukhuwah

No comments:

Post a Comment