Thursday, 25 April 2013

Hubungan Dengan Jiran Tetangga


Sebagai orang Islam,kita diajarkan tatacara berhubungan dengan Allah SWT atau desebut sebagai hablun minallah.Selain itu,kita juga diajar bagaimana berhubungan sesama manusia atau disebut sebagai hablun minannas.Salah satu hubungan sesama manusia itu adalah hubungan dengan jiran tertangga.Jiran adalah orang yang tinggal paling dekat dengan kita.Pada suatu masa,kita pasti memerlukan bantuan orang lain.Orang yang pertama dapat membantu kita adalah orang yang paling dekat dengan kita iaitu jiran.


Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya bersatu dalam melakukan kebaikan.Seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa,dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.Dan bertakwalah kepada Allah,kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab-seksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)
[Surah al-Maaidah:2)

Dalam ayat ini,Allahh melarang umatnya hidup secar individualistik dan egois.Oleh kerana itu,Allah memerintahkan kita supaya memuliakan orang yang berada disekitar kita iaitu jiran.Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia memuliakan jirannya."
[Hadis riwayat Muslim]

Cara-cara memuliakan jiran:
  • Mempamerkan wajah yang manis kepada jiran.
  • Memberikan senyuman,salam dan bertegur sapa apabila bertemu.
  • Tidak menceritakan keaiban jiran kepada orang lain.
  • Tidak memandang rendah, apalagi sampai menghinanya.
Memuliakan jiran tetangga akan mendatangkan kerukunan, kerana seorang jiran mempunyai peranan dalam memelihara harta dan kehormatan warga di sekitarnya.Dengan kata lain,setiap umat Islam adalh penjaga dan harus bertanggungjawab kepada keselamatan harta jirannya.Apabila semua umat Islam melaksanakan tugas ini, sebuah hubungan yang harmoni akan terbentuk.Keharmonian ini juga akan mewujudkan benteng yang kuat dan kukuh untuk mengelakkan anak-anak daripada terlibat dalam perkara-perkara yang tidak bermoral.



Terima Kasih
-peringatan untuk diri sendiri-





salam ukhuwah

Jangan Sombong


Sikap sombong biasanya dimiliki oleh orang yang kurang beriman.Mereka bersikap sombong kerana berasa memiliki ilmu yang lebih tinggi daripada orang lain.Ada pula yang sombong kerana memiliki harta yang lebih banyak,berbanding orang lain.Ataupun menjadi sombong kerana berasa amal ibadahnya lebih banyak,berasa dirinya lebih cantik,lebih berkuasa dan lain-lain.


Mengapa kita perlu sombong?Kita ini semua diciptakan daripada setitis air mani yang hina.Segala yang dimiliki semata-mata kerana kemurahan Allah.Rasanya sangat tidak wajar apabila kita memiliki sikap sombong padahal segala sesuatu itu disediakan oleh Allah.Rasulullah bersabda:


Sikap sombong atau takbur ini sudah membinasakan makhluk-makhluk Allah seperti:

  1. Syaitan terusir dari syurga dan dikutuk oleh Allah selama-lamanya kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam ketika Allah menyuruh syaitan bersujud.
  2. Allah menenggelamkan Qarun ke dalam bumi ketika dia menyombongkan diri kerana memiliki banyak harta.
  3. Apabila Firaun mengaku yang dirinya adalah Tuhan,Allah menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam laut kerana kesombongan dan keangkuhannya.
  4. Allah menghancurkan kaum Nabi Lut kerana dengan bongkak menolak kebenaran yang disampaikan Nabi Lut,supaya meninggalkan kebiasaan buruk mereka iaitu melakukan penyimpangan seksual.Mereka lebih suka memilih pasangan hidup sejenis.
Sebagai Umat Islam kita hendaklah berusaha supaya sentiasa bersikap tawaduk (rendah diri) dan memohon keredhaan kepada Allah.Kita perlu sentiasa bersyukur dan sedar apa yang kita perolehi selama ini semata-mata kerana kurniaan Allah Yang Sangat Pemurah.




Terima Kasih
-peringatan untuk diri sendiri-




salam ukhuwah

Amar Makruf Nahi Mungkar


Amar Makruf bererti menyeru kepada kebaikan,iaitu mengajak orang lain membuat kebaikan menurut syariat Islam dan mengajak orang lain mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sedangkan nahi mungkar bererti mencegah perbuatan mungkar iaitu mencegah,menjauhi ataupun melarang terjadinya segala perbuatan buruk yang sudah ditetapkan oleh syariat Islam.


Setiap umat Islam diwajibkan melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar .Tidak terkecuali seorang muslimah.Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa antara kamu melihat suatu kemungkaran,
maka hendaklah dia merubahnya dengan tangannya.
Sekiranya dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lisannya.
Sekiranya dia tidak mampu juga, 
maka ubahlah ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman."
[Hadis ini direkodkan oleh Muslim dan Ibnu Majah]

Umat Islam diwajibkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar kerana ini adalah pelindung kepada diri dan agamanya.Apabila kita tidak melakukannya,lama kelamaan ia akan menghancurkan sistem masyarakat.Allah SWT berfirman,maksudnya:

Kamu adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada
yang mungkar,serta kamu pula beriman 
kepada Allah.
(Surah Ali Imran:110)

Setiap muslim yang selalu melaksanakan amar makruf nahi mungkar akan mendapat balasan daripada Allah SWT seperti:

  1. Ditinggikan darjatnya ke tingkat yang setinggi-tingginya.
  2. Terhindar daripada kebinasaan,sebagaimana Allah membinasakan  Firaun berserta orang yang berdiam diri ketika melihat kezaliman.
  3. Mendapat pahala berlipat ganda daripada Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang mengajak orang berbuat baik,maka dia akan mendapat pahala.
Apabila orang yang diajak itu membuat suatu kebaikan,dia turut sama mendapat pahala sehingga ke hari kiamat,tanpa mengurangi pahala orang yang berbuat baik itu sedikit pun."

4. Terhindar daripada laknat Allah sebagaimana yang terjadi kepada Bani Israel kerana mereka enggan mencegah kemungkaran. (Surah al-Maaidah:78-79)

"""""""""""""







salam ukhuwah

Ikhlas


Ikhlas adalah niat beribadah bagi mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.Kita juga harus beras ikhlas atas apa yang ditakdirkan oleh Allah,kerana segalanya telah diatur oleh Allah.Tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang terjadi diluar pengetahuan Allah.


Memiliki rasa ikhlas bererti kita berasa bersyukur dengan segala yang kita perolehi..Bagaimanapun,kita harus tetap bersabar apabila Allah belum mengabulkan sesuatu yang kita inginkan.Menanamkan rasa ikhlas dihati memang susah.Walaupun begitu,kita harus terus berusaha.

Terdapat tiga tempat yang patut kita tanamkan rasa ikhlas iaitu:
  1. Ikhlas dalam perkataan dan segala yang berkaitan dengan lidah.
  2. Ikhlas dalam hati.
  3. Ikhlas dalam aktiviti,perbuatan,pengamalan dan semua ibadah kita kepada Allah.

Dengan berbekalkan rasa ikhlas,kita tidak akan berasa lelah dalam berjuang menempuh kehidupan,sebaliknya kita akan lebih tabah dan bersemangat meskipun ujian datang silih berganti.Keikhlasan adalah sumber kenikmatan yang tidak pernah kontang dan akan selalu mendatangkan keberkatan.Oleh itu,tanamkanlah rasa ikhlas dihati saat kita melakukan segala perbuatan baik.Selain daripada itu,kita perlu mematuhi beberapa syarat supaya keikhlasan kita sempurna dan amal perbuatan kita tidak sia-sia  dimata Allah SWT.

Syarat kesempurnaan ikhlas:
  • Berniat  baik,iaitu menanamkan niat yang tulus dan mengharapkan keredhaan Allah.
  • Melaksanakan amalan yang baik,iaitu melaksanakan amalan-amalan baik yang disyaratkan oleh Allah.
  • Sikap yang baik ,iaitu memiliki pandangan dan sikap yang baik terhadap orang lain serta menyerahkan diri  sepenuhnya kepada Allah,juga redha kepada qadak dan qadar-Nya.


salam ukhuwah

Monday, 22 April 2013

Mengendalikan rasa marah


Kita sering mengalami perasaan marah.Dalam kehidupan seharian,kita pasti berinteraksi dengan orang lain.Sewaktu berinteraksi itu,kadang kala terjadi hal yang tidak sesuai,fikiran-fikiran yang tidak seiring,ataupun pendapat yang bertentangan.Ketidaksesuaian itulah yang meyebabkan masalah dan menimbulkan kemarahan.



Perasaan marah adalah sifat semulajadi manusia.Setiap orang pasti pernah mengalaminya.Namun Allah menghendaki supaya kita dapat mengendalikan rasa marah itu supaya tidak diluahkan secara keterlaluan.Jangan sampai kita meluahkan rasa marah dengan cara memekik-mekik,berteriak sekuat hati,apatah lagi sampai mengamuk.

Itulah bezanya manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain.Manusia diciptakan dengan akal budinya bagi mengawal perasaan yang sedang dirasakan. Apabila sedang marah,bertenanglah.Ketika sedang marah,akal sihat kita dikuasai oleh syaitan.Syaitan ketawa dengan gembira ketika kita marah dan dia menghembuskan lebih banyak hasutan-hasutan supaya darah kita lebih 'mendidih' dan melepaskan marah dengan cara yang berlebihan.

Cara mengendalikan rasa marah:

Bertenang
Ketika marah,denyutan jantung kita bertambah cepat dan tekanan darah akan naik.Nafas pun akan menjadi sesak dan pendek,otot menjadi tegang,jantung mengalirkan lebih banyak darah ke kaki dan lengan,sementara alat pencernaan dan sisten antibodi akan tertutup.Menurut para ahli kedoktoran,hal ini dapat merosak dan menjejaskan kesihatan.Bagi melegakan rasa marah,tarik nafas dengan panjang,kemudian hembuskan perlahan-lahan.Cara ini dapat membantu menenangkan diri.

Ikuti cara Rasulullah
Rasulullah berkata:
"Barangsiapa yang sedang dilanda marah,hendaklah dia mengucapkan 'a'uudzu billaahi minasy syaythaanir rajim, (aku berlindung kepada Allah daripada bisikan syaitan yang direjam)"

Apabila kita ,marah dalam keadaan berdiri,maka duduklah dan sekiranya kita sedang duduk ,berbaringlah.Apabila kedua posisi itu belum meredakan kemarahan,segeralah berwuduk dengan air dingin ataupun mandilah,kerana api hanya dapat dipadamkan dengan air.

Melakukan Aktiviti
Melakukan aktiviti yang kita gemari dapat membantu meredakan rasa marah.Misalnya membaca buku,keluar makan,bersenam ataupun memberi tumpuan kepada pekerjaan kita.Walau bagaimanapun,mengatur dan mengawal emosi akan membuatkan hati kita berasa lebih lega dan selesa.

Bersujud
Ertinya kita melakukan solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat.Dalam sebuah hadis:

"Ketahuilah,sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia.Adakah kamu berasa kedua-dua mata menjadi merah dan urat darah di leher menjadi tegang?Apabila perkara ini terjadi pada kamu,maka hendaklah kamu tempelkan pipi kamu di tanah (bersujud)." 

Diam
Dalam sebuah Hadis Nabi bersabda:

"Ajarlah (orang lain),mudahkanlah dan jangan menyulitkan masalah.apabila kalian marah,maka diamlah."
[Hadis direkod oleh Ahmad]

  

salam ukhuwah

Berhati-hati dengan pasar


Apakah yang dimaksudkan dengan kita harus berhati-hati dengan pasar?Sebenarnya kita memang seharusnya berhati-hati apabila pergi ke mana-mana sahaja seperti di jalan,di rumah dan di tempat-tempat awam,termasuk dipasar.Tetapi maksud hati-hati disini berbeza pengertiannya.


Pernahkah kita terfikir yang disebalik gemerlapnya pasar ternyata menyimpan segudang maksiat?Rasulullah bersabda:
"Tempat yang paling dicintai Allah adalah masjid-masjid dan tempat yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasar" [Hadis ini direkod oleh Muslim]
Apabila diteliti daripada hadis ini,Rasulullah SAW menyuruh supaya kita tidak terlalu mencintai pasar,tidak berasa senang ketika berada di pasar dan tidak terlalu lama ketika berada didalamnya,Rasulullah juga memerintahkan supaya kita tidak pergi ke pasar kecuali apabila ada keperluan yang harus dibeli.

Apabila kita perhatikan,pada waktu ini ada banyak pasar-pasar moden seperti supermarket,hypermarket dan kompleks beli belah bertebaran di seluruh negara.Pasar boleh menjadi tempat kita terlena dan lalai kepada perkara lain.

Salman al-Farisi berkata:

"Janganlah sekali-kali menjadi orang yang pertama masuk pasar dan yang paling akhir keluar kerana di situlah tempat syaitan memacakkan benderanya" [Riwayat Muslim]

Pasar juga adalah tempat syaitan ketawa bahagia kerana dia memiliki banyak kesempatan bagi menggoda manusia.Tempat dimana syaitan melalaikan manusia daripada zikir kepada Allah kerana hati manusia sibuk melihat pelbagai barang yang ditawarkan di pasar.Disini ada tawaran diskaun,disebelah sana ada potongan harga,jualan cuci gudang dan sebagainya.

Beberapa perkara lain yang menyebabkan pasar dibenci oleh Allah adalah kerana pasar merupakan tempat terjadinya fitnah dan kemungkaran.Ramai orang yang rugi kerana menjadi korban penyeluk saku,kecurian,janji diingkari dan berlaku temu janji penuh dosa antara pasangan yang bukan mahram.

Ada juga yang datang ke pasar hanya untuk melihat-lihat,bertanya itu ini tanpa membeli apa-apa pun.Ada juga penjual lelaki yang berbincang-bincang akrab dengan pembelinya,sedangkan perkara ini boleh membawa kepada terjadinya kemaksiatan.

Oleh kerana sebab-sebab diatas,Allah mengharuskan manusia agar tidak tergiur atau tertarik hati dengan pasar.Rasulullah SAW sebenarnya tidak melarang para muslimah untuk pergi kepasar,apa lagi apabila ada sesuatu yang diperlukan.Walaupun begitu,ada syarat-syarat yang harus ditaati apabila hendak kepasar.

Syarat-syarat pergi ke pasar:

  1. Memiliki tujuan-Jangan pergi ke pasar sekiranya tidak ada sesuatu yang mahu dibeli.
  2. Mengetahui apa-apa yang mahu dibeli-Suatu yang tidak baik jika masuk ke pasar terus kebingungan kerana tidak tahu apa yang ingin dibeli.
  3. Meminta izin-Untuk pergi kemasjid sahaja wanita perlu meminta izin daripada suami atau ibu bapa,apalagi sekiranya mahu pergi ke tempat yang ramai dan banyak bahayanya seperti pasar.Ini semua demi menjaga keselamatan.
  4. Menutup aurat-Pasar dianggap sebagai tempat maksiat kerana menjadi tempat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Wanita yang menutup aurat pun masih menjadi perhatian,apalagi sekiranya ada aurat kita yang terdedah.Hal ini boleh menjadi tontonan seluruh lelaki yang ada di pasar.
  5. Menjaga pandangan-Tujuannya agar tidak tergoda dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama seperti membazir,bermain mata dengan lelaki dan melihat orang melakukan maksiat.
  6. Jangan lupa berdoa-Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah atas semua perkara yang kita lakukan termasuklah ketika kita berada di pasar.Hanya Allah lah yang dapat menolong kita.
  7. Menjaga sikap-Kita mesti berhati-hati apabila berada di pasar.Seharusnya kita mampu menjaga tingkah laku dengan mengekalkan sikap sopan santun selama berada di pasar.Hal ini penting bagi menghindari daripada perkara-perkara yang tidak baik.
  8. Menjaga jarak-Kita perlu sentiasa berhati-hati dan tidak berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram,terutama dengan penjual.
  9. Jangan mudah tertarik hati-Di pasar memang banyak tawaran yang menarik.Namun kita harus berwaspada supaya tidak tertarik dengan pakaian-pakaian yang tidak sesuai dengan syariat Islam.
  10. Berjimat-Ada kalanya barang-barang yang ditawarkan di pasar membuat kita ingin membeli,padahal kita belum tentu memerlukan barang-barang itu.Inilah masanya kita perlu bijak memilih,yang mana barang keperluan dan mana yang merupakan keinginan semata-mata.Belilah barang yang diperlukan agar kita  dapat berjimat cermat,sebab sikap boros adalah cerminan sikap manusia yang mensia-siakan nikmat Allah.
  11. Mengatur waktu-Ada ketikanya pasar penuh sesak.Oleh itu,sebaik-baiknya kita atur waktu kita dengan baik dan terancang.Pergilah ke pasar ketika keadaan tidak sibuk,hal ini bagi menghindari kita berasak-asak dengan lelaki yang bukan mahram,yang akan membuatkan keselesaan kita sebagai muslimah terganggu.

salam ukhuwah

Sunday, 21 April 2013

Adab menuntut ilmu


Setiap perkara yang kita buat mesti ada adabnya.Adab makan,adab tidur,adab dengan orang tu dan sebagainya.Kali ni saya nak br cakap pasal adab menuntut ilmu.


Antara adab menuntut ilmu adalah:

1.Niat yang ikhlas
Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun mengkehendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT,maka disediakan tempat duduknya daripada neraka" [hadis Riwayat Tirmizi]

2.Tulis setiap yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin ilmu.Abu Hurairah berkata: "Tidak ada seorang pun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin Al Asr,maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi]

3.Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambali berkata:"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya" [Kitab Muntalaq Talib al Ilmi,Husin Ya'cob]

4.Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Sesungguhnya orang-orang tang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga)  dan mata air,mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada meraka.Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik,mereka sikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)" [Az Zariyat 51:15-18]

5.Kurangkan kata-kata yang tidak bermanfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat,maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


-peringatan untuk diri sendiri- 








salam ukhuwah

canopy walkway dan water confident


CANOPY WALKWAY

Hari ni saya nak cerita pengalaman saya melalui 'canopy walkway'.
Masa saya berjalan atas 'canopy walkway' ni,saya takut sangat dan gayat sangat,tambah-tambah lagi kalau benda tu bergoyang lagi laa saya taku.Rasa macam nak menangis pun ade.

Kenapa saya rasa takut?Masa berjalan tu,perkara dalam fikiran saya adalah macam mana kalau talinya terputus dan saya akan jatuh,Oh tidak...Takutnya...

Gayat tu tak payah cerita laa.Semua orang cakap jangan tengok bawah nanti gayat tapi saya tak boleh kawal mata saya dari tengok kebawah.Saya tengok kebawah sebab nak mengagak ketinggian saya berada supaya saya tak lalai dan sentiasa berhati-hati.

Ok laa memang saya yang fikir bukan-bukan,tapi saya tak boleh nak halang fikiran saya dari berfikir sedemikian.


ni peraturan-peraturan semasa menaiki titian...








ni muka-muka ceria semasa berjalan atas titian kanopi.tapi yang pasti muka saya tak seceria ini.

Saya rasa tu laa kali pertama dan terakhir saya melalui titian ni..
Lepas ni tak nak pergi lagi...
Bukan takut cuma kurang berani je...

WATER CONFIDENT

Lepas berjalan atas titian kanopi kami menaiki bot untuk ke tempat makan tengahari dan solat Zuhur.Lepas solat Zuhur,aktiviti kami adalah 'water confident'.

















ni laa budak nangis masa water confident tu...takut katanya



Diorang semua seronok,saya je yang takut.Masa dalam air tu saya sibuk laa duk menjerit meminta tolong dan asyik duk pegang kawan.Saya tak tahu laa kawan saya tu rimas ke tak.Tak kisah laa dia rimas ke tak yang penting saya selamat.



Ok ni saja untu hari ni...





salam ukhuwah