Hai kawan-kawan.Tajuk entri saya pada hari adalah wang.Saya tahu mesti semua orang tahu apa itu wang.Pada suatu hari saya tersangat lah bosan duk seorang diri.Lepas tu saya pun berjalan-jalan laa kat youtube.Nak dijadikan cerita saya terjumpa satu video daripada Anwar Hadi.Tajuk video tu beruang duit.Sebenarnya video ni dah lama tapi saya baru jumpa.hahaha.Ketinggalan betul saya ni kan?
Lepas saya tengok video ni membuatkan saya terfikir dan saya tersangatlah bersetuju dengan apa yang Anwar Hadi cakap dalam video tu.Saya percaya mesti kawan-kawan semua dah tengok video tu kan?
hensemkan Anwar Hadi.hahahaha gedik laa pulak
Lepas tengok video tu saya mula fikir balik.
Kadang-kadang saya terlalu mudah keluarkan duit untuk perkara tak penting tapi susah nak keluarkan duit untuk perkara yang penting.
Kadang-kadang kalau nak beli ape-ape memang tak fikir panjang pun tapi kadang-kadang fikir berkali-kali nak beli ke tak
Kadang-kadang nampak novel je terus nak beli tapi bila kena beli buku pelajaran mula laa merungut buku mahal laa.
Kadang-kadang saya pun menyampah dengan diri saya sendiri yang memang tak boleh tengok baju cantik sikit terus tergedik-gedik nak beli.Saya tak tahu bila saya akan berubah daripada perangai yang tak elok ni.Kawan-kawan tolong doakan saya ok...
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ni
No comments:
Post a Comment