Monday, 11 March 2013

Kau wanita terbilang


Hai kawan-kawan  Onion Head Emoticons 31
Hari tu saya belek-belek majalahFardu Ain dan terjumpa puisi ni.

Jadi hari ni saya nak kongsi puisi tu dengan kawan-kawan semua.

Aku hanyalah seorang wanita akhir zaman,
Mempertahankan dan memperjuangkan,
Maruah seorang muslimah,
Di tengah-tengah gegak gempita,
Dan suara-suara sumbang,
Yang kononnya memperjuangkan,
Hak-hak wanita.
Terbelakah nasib seorang yang bergelar wanita?
Tatkala hijab dibuka,Tatkala maruah diperkosa,
Tatkala diri dijaja di mata dunia,
Atas kerelaan sendiri,
Kononnya itulah modenisasi.
Betulkah ini dinamakan wanita sejati?
Dengan memperjuangkan perkahwinan sejenis,
Menampilkan diri persis lelaki,
Menghias diri laksana isteri firaun,
Berpakaian seksi sendat di sana sini,
Bertudung tapi berbogel,
Kononnya inilah yang sepatutnya wanita hari ini,
Wanita moden di alaf baru.
Alangkah indah dan moleknya,
Andai wanita akhir zaman ini,
Kembali kepada fitrah kejadian,
Bukankah Rasullullah SAW telah diutuskan,
Untuk mengangkat maruah dan martabat insan,
Bernama wanita,
Daripada hamba kepada tuan,
Dari dipijak kepada dijunjung?
Betapa sopan dan bermaruahnya seorang wanita,
Dirinya terhijab daripada pandangan syaitan,
Maruah diri terjaga rapi,
Tak rela dijaja satu dunia.
Lembut senyuman elok pekerti,
Lambang wanita sejati,
Dilengkapi ilmu perisai diri,
Menambah lagi jati dari,
Menjadikan diri dihormati,
Kerana bagi wanita solehah,
Lembut bukan bererti lemah,
Diam bukan bererti kalah.
Tapi
Dalam lembut wanita sejati,
Tersimpan ketegasan tidak teperi,
Dalam diam sang jauhari,
Dengan ilmu memartabatkan diri,
Apa yang pasti Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan abadi.
Ayuh wanitaku yang muslimah,
Abadikan dalam dirimu tokoh terbilang pada zaman silam,
Terus malar dalam sejarah,
Terlakar indah sebuah perjuangan,
Contohilah kelembutan Khadijah menawan cinta kekasih Allah,
Ketegasan Humaira' menyebarkan ilmu,
Kecekalan kekasih Ali bin Abi Talib
Berganding bahu memperjuangkan Islam,
Keimanan Rabiatul Adawiyah pada Rabb tanpa sempadan,
Dan syahidnya Sumaiyah demi Islam.
Contohilah mereka wahai saudaraku,
Hidup dalam kemuliaan,
Mati dalam kemuliaan,
Terus disebut terus dibicara,
Tanpa rasa jemu.
Tinggalkan wanita jahiliah moden hari ini,
Memperjuangkan Islam dibawah telunjuk Yahudi.

Best kan?
Peringatan untuk diri saya sendiri
Onion Head Emoticons 62Onion Head Emoticons 78Onion Head Emoticons 88


salam ukhuwah

No comments:

Post a Comment