Wednesday, 13 March 2013

Cara memberi penghargaan kepada ibu bapa


Hai kawan-kawan.....saya ade baca buku yang bertajuk "Wadah Cinta Solehah" yang dipinjam dari kak Maisarah(jiran bilik yang sangat pemurah,baik hati,penyayang dan lemah lembut).Terima kasih kak Maisarah sebab bagi pinjam buku ni.Masa tengah baca buku ni tiba-tiba terjumpa cara memberi penghargaan kepada ibu bapa.Jadi hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan apa yang saya dah baca.

  • Selalu menelefon atau SMS apabila berjauhan.
  • Jangan lupa kirimkan wang walaupun sedikit (andainya sudah bekerja)
  • Berikan hadiah pada hari-hari penting seperti hari ibu,hari bapa,hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan
  • Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah
  • Pulang apabila mereka sakit atau ziarah mereka di hospital
  • Setiap kali bertemu dan setiap kali lepas solat berjemaah bersama,cium tangan ibubapa,peluk dan cium kedua-dua belah pipi serta dahinya.
  • Apabila sudah berkeluarga,selalu pulang ke kampung kerana selalunya ibu bapa kita rindu untuk bertemu dengan cucu-cucu mereka
  • Gembirakan hati mereka
  • Doakan kebahagian mereka


Onion Head Emoticons 31 peringatan untuk diri sendiri Onion Head Emoticons 35




salam ukhuwah

No comments:

Post a Comment