Wednesday, 13 March 2013

Contengan Jalanan


Hai kawan-kawan hari ni saya nak cakap pasal novel kegemaran saya.Novel tu bertajuk "contengan jalanan".Novel ni "best" sangat.Paling penting novel ni tak ade pasal cinta-cinta.Saya sekarang ni memang menyampah betul dengan novel cinta ni.Sikit-sikit kahwin paksa,ingat best sangat ke kahwin paksa?Saya sendiri pun tak tahu dah berapa kali saya baca novel ni sejak beli hari tu.Tak jemu baca novel ni walaupun dah berkali-kali baca.




Novel ni ade 2 bahagian: 1-FEND dan 11-K2.
Mula-mula baca pasal Fend dulu.

Fend ni seorang remaja lelaki yang memang tak kisah pasal agama.Sembahyang pun masa tak ade buat ape-ape.Kalau sibuk sikit memang tinggal macam tu je laa.Tapi si Fend ni tak de laa jahat sangat sampai kacau hidup orang lain.Dia minat sangat dengan muzik dan membentuk kumpulan muzik dia sendiri dengan K2 dan 3 orang lagi kawan mereka.Fend dengan K2 ni sekampung yang memang kenal sejak kecik lagi.Pada suatu hari Fend jumpa Lia dan budak perempuan ni cakap pasal The Eleventh Hour.Lia ni jugak bagi dia satu CD pasal The Eleventh Hour ni.Fend mula cari erti hidup bila Chad ajak Fend pergi "backpacking" kat Australia pada 2 minggu pertama Ramadhan.Kat Australia ni laa Fend mula belajar balik pasal Islam dan buat apa yang dah lama dia tak buat.Dalam 2 minggu tu Fend khatam Al-Quran,ingat balik surah-surah yang dia hafal masa kecik2 dulu,Qiammullail,belajar 40 hadis Imam Nawawi,tak pernah "miss" solat Terawih dan solat berjemaah 5 waktu dan banyak lagi laa.Ramadhan tu jadi Ramadhan yang terbaik buat Fend dan Chad.Paling sedih bila hari raya pertama Chad,Fend dan K2 pergi jalan-jalan dan mintak maaf dengan saudara-mara,lepas tu diorang bertiga balik rumah kejap sebab dah masuk waktu zohor.Chad nak pergi beli ais dan kemalangan.Chad meninggal ditempat kejadian.

"A man who decide to change on 12th die on 11th"

Pasal K2 pulak:

K2 ni pun macam Fend jugak minat muzik.K2 perasan Fend mula berubah lepas Chad meninggal dan lepas balik dari Australia.Fend tak nak dah lepak-lepak dengan dia dan kawan-kawan yang lain.K2 tahu Fend sedih sebab Chad meninggal tapi dia pun tahu yang Fend berubah lepas balik dari Australia bukan sebab Chad meninggal.Fend ajak K2 pergi Australia dan dia nak tinggal tempat dia dengan Chad tinggal dulu.K2 terkejut sebab tempat yang dimaksudkan tu adalah masjid.Bila sampai situ dai terkejut dan mula rasa tak kenal Fend lagi.Fend memang sangat berubah dia tak sangka Fend boleh berubah sampai macam tu.Masa nak balik ke Malaysia dia tanya Fend kenapa bawa dia pergi Australia?Fend jawab sebab dia nak rasa balik apa yang dia rasa masa pergi dengan Chad dan dia nak K2 rasa apa yang dia rasa sepanjang kat situ.Fend rasa pentingkan diri sendiri kalau tak kongsi dengan K2.K2 cakap dia tak rasa apa yang Fend rasa.Fend cakap "hati tu Allah yang pegang,perkara yang sama tak semestinya memberi kesan yang sama kepada penerima yang berbeza".Lepas balik dari Australia tu K2 pergi Indonesia sebab nak cari erti hidup.Masa kat Indonesia tu dia jumpa denga Indra.Pada suatu hari Indra tanya kenapa dia tak sembahyang.Sepanjang dia kenal Indra memang dia tak pernah cakap pasal agama.Dia pun tanya balik "Kau?".Maknanya dia tanya balik laa kenapa Indra tak sembahyang.Indra cakap dia Kristian.Lepas dengar Indra cakap macam tu tanpa sedar dia terus pergi masjid dan sembahyang.K2 sendiri pun tak sangka yamg dia boleh sujud hari tu lepas bercakap dengan seorang Kristian.Lepas tu K2 mula berubah.



Ok tu je daripada saya.Maaf lah kalau ayat saya berbelit-belit sikit.Saya memang tak pandai buat ringkasan.
Kesimpulannya,jom baiki diri dan berubah kearah yang lebih baik.

Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya 

salam ukhuwah

Cara memberi penghargaan kepada ibu bapa


Hai kawan-kawan.....saya ade baca buku yang bertajuk "Wadah Cinta Solehah" yang dipinjam dari kak Maisarah(jiran bilik yang sangat pemurah,baik hati,penyayang dan lemah lembut).Terima kasih kak Maisarah sebab bagi pinjam buku ni.Masa tengah baca buku ni tiba-tiba terjumpa cara memberi penghargaan kepada ibu bapa.Jadi hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan apa yang saya dah baca.

  • Selalu menelefon atau SMS apabila berjauhan.
  • Jangan lupa kirimkan wang walaupun sedikit (andainya sudah bekerja)
  • Berikan hadiah pada hari-hari penting seperti hari ibu,hari bapa,hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan
  • Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah
  • Pulang apabila mereka sakit atau ziarah mereka di hospital
  • Setiap kali bertemu dan setiap kali lepas solat berjemaah bersama,cium tangan ibubapa,peluk dan cium kedua-dua belah pipi serta dahinya.
  • Apabila sudah berkeluarga,selalu pulang ke kampung kerana selalunya ibu bapa kita rindu untuk bertemu dengan cucu-cucu mereka
  • Gembirakan hati mereka
  • Doakan kebahagian mereka


Onion Head Emoticons 31 peringatan untuk diri sendiri Onion Head Emoticons 35




salam ukhuwah

Monday, 11 March 2013

Kau wanita terbilang


Hai kawan-kawan  Onion Head Emoticons 31
Hari tu saya belek-belek majalahFardu Ain dan terjumpa puisi ni.

Jadi hari ni saya nak kongsi puisi tu dengan kawan-kawan semua.

Aku hanyalah seorang wanita akhir zaman,
Mempertahankan dan memperjuangkan,
Maruah seorang muslimah,
Di tengah-tengah gegak gempita,
Dan suara-suara sumbang,
Yang kononnya memperjuangkan,
Hak-hak wanita.
Terbelakah nasib seorang yang bergelar wanita?
Tatkala hijab dibuka,Tatkala maruah diperkosa,
Tatkala diri dijaja di mata dunia,
Atas kerelaan sendiri,
Kononnya itulah modenisasi.
Betulkah ini dinamakan wanita sejati?
Dengan memperjuangkan perkahwinan sejenis,
Menampilkan diri persis lelaki,
Menghias diri laksana isteri firaun,
Berpakaian seksi sendat di sana sini,
Bertudung tapi berbogel,
Kononnya inilah yang sepatutnya wanita hari ini,
Wanita moden di alaf baru.
Alangkah indah dan moleknya,
Andai wanita akhir zaman ini,
Kembali kepada fitrah kejadian,
Bukankah Rasullullah SAW telah diutuskan,
Untuk mengangkat maruah dan martabat insan,
Bernama wanita,
Daripada hamba kepada tuan,
Dari dipijak kepada dijunjung?
Betapa sopan dan bermaruahnya seorang wanita,
Dirinya terhijab daripada pandangan syaitan,
Maruah diri terjaga rapi,
Tak rela dijaja satu dunia.
Lembut senyuman elok pekerti,
Lambang wanita sejati,
Dilengkapi ilmu perisai diri,
Menambah lagi jati dari,
Menjadikan diri dihormati,
Kerana bagi wanita solehah,
Lembut bukan bererti lemah,
Diam bukan bererti kalah.
Tapi
Dalam lembut wanita sejati,
Tersimpan ketegasan tidak teperi,
Dalam diam sang jauhari,
Dengan ilmu memartabatkan diri,
Apa yang pasti Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan abadi.
Ayuh wanitaku yang muslimah,
Abadikan dalam dirimu tokoh terbilang pada zaman silam,
Terus malar dalam sejarah,
Terlakar indah sebuah perjuangan,
Contohilah kelembutan Khadijah menawan cinta kekasih Allah,
Ketegasan Humaira' menyebarkan ilmu,
Kecekalan kekasih Ali bin Abi Talib
Berganding bahu memperjuangkan Islam,
Keimanan Rabiatul Adawiyah pada Rabb tanpa sempadan,
Dan syahidnya Sumaiyah demi Islam.
Contohilah mereka wahai saudaraku,
Hidup dalam kemuliaan,
Mati dalam kemuliaan,
Terus disebut terus dibicara,
Tanpa rasa jemu.
Tinggalkan wanita jahiliah moden hari ini,
Memperjuangkan Islam dibawah telunjuk Yahudi.

Best kan?
Peringatan untuk diri saya sendiri
Onion Head Emoticons 62Onion Head Emoticons 78Onion Head Emoticons 88


salam ukhuwah

Monday, 4 March 2013

wang


Hai kawan-kawan.Tajuk entri saya pada hari adalah wang.Saya tahu mesti semua orang tahu apa itu wang.Pada suatu hari saya tersangat lah bosan duk seorang diri.Lepas tu saya pun berjalan-jalan laa kat youtube.Nak dijadikan cerita saya terjumpa satu video daripada Anwar Hadi.Tajuk video tu beruang duit.Sebenarnya video ni dah lama tapi saya baru jumpa.hahaha.Ketinggalan betul saya ni kan?

Lepas saya tengok video ni membuatkan saya terfikir dan saya tersangatlah bersetuju dengan apa yang Anwar Hadi cakap dalam video tu.Saya percaya mesti kawan-kawan semua dah tengok video tu kan?Onion Head Emoticons 27






hensemkan Anwar Hadi.hahahaha gedik laa pulak

Lepas tengok video tu saya mula fikir balik.

Kadang-kadang saya terlalu mudah keluarkan duit untuk perkara tak penting tapi susah nak keluarkan duit untuk perkara yang penting.

Kadang-kadang kalau nak beli ape-ape memang tak fikir panjang pun tapi kadang-kadang fikir berkali-kali nak beli ke tak

Kadang-kadang nampak novel je terus nak beli tapi bila kena beli buku pelajaran mula laa merungut buku mahal laa.

Kadang-kadang saya pun menyampah dengan diri saya sendiri yang memang tak boleh tengok baju cantik sikit terus tergedik-gedik nak beli.Saya tak tahu bila saya akan berubah daripada perangai yang tak elok ni.Kawan-kawan tolong doakan saya ok...

Onion Head Emoticons 23

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ni




salam ukhuwah

Saturday, 2 March 2013

Surah Al-Kahfi


Saya baru baca novel denyut kasih medik.dalam novel tu ade cakap pasal kelebiha baca surah Al-Kahfi.Oleh itu,hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan pasal kelebihan baca surah Al-Kahfi pada hari jumaat.


Antara kelebihan baca surah Al-Kahfi pada hari jumaat:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca Surah Al-Kahfi (pada hari Jumaat) beliau akan memperoleh cahaya daripada tempatnya hingga ke Makkah” 

Daripada Abu Said al-Khudri,Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.”

Daripada ibn Umar, Rasullullah s.a.w bersabdayang bermaksud:"sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat nescaya akan dipancarkannya cahaya dari bawah kakinya hingga ke awan dilangit yang  memancarkan cahaya terang kepadanya pada hari kiamat dan diampunkan dosanya di antara dua kali jumaat.(riwayat Abu Bakar bin Mardawaih)

Saya pun takde laa tiap-tiap kali jumaat baca.Kadang-kadang je.Biasa laa manusia,kadang-kadang rajin kadang-kadang malas.Tapi masa malas tu lagi banyak dari masa rajin.Jom kita sama-sama perbaiki diri.InsyaAllah.Onion Head Emoticons 42
                       
ok setakat ni je laa entri saya pada kali ni..InsyaAllah jumpa lagi.Onion Head Emoticons 33



salam ukhuwah