Di Padang Mahsyar semua manusia akan ditanya tentang empat perkara yang sama seperti diceritakan dalam satu hadis.
Dari Abi Barzah al-Aslami r.a,Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak berganjak kedua-dua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada Hari Kiamat sehingga dia disoal tentang umurnya 'pada perkara apa dia habiskan?' dan tentang ilmunya. 'untuk apakah dia gunakan?' dan tentang harta bendanya 'dari manakah dia dapati dan pada perkara apakah dia belanjakan?' dan juga tentang tubuh badannya 'pada perkara apakah dia susutkan kemudaan dan kecergasannya?"
Perkara yang ditanya:
- UMUR-Dihabiskan untuk maksiat atau taat.Nabi memuji orang yang 'tua dalam Islam' iaitu orang-orang yang Islam sejak dari muda lagi.Kata Nabi lagi,orang yang paling baik ialah orang yang umurnya panjang dan lidahnya masih basah berzikir mengingati Allah.Dalam satu hadis qudsi,Allah bersama orang yang berzikir selagi bibir mulutnya bergerak mengingatiNya.
- ILMU-Antara ilmu yang wajib dipelajari ialah ilmu Fardu Ain seperti ilmu akidah iaitu ilmu tentang ketuhanan.Selain itu, apa-apa ilmu yang dipelajari hendaklah diamalkan walaupun hukumnya hanya sunat.
- HARTA-Setiap harta yang diterima dan dibelanjakan akan ditanya tentang halal haramnya.
- TUBUH BADAN-Akan ditanya 'dimanakah tuanya badan?', sama ada tubuh badan digunakan untuk perkara baik atau jahat.
No comments:
Post a Comment