Thursday, 23 May 2013

Sakit Hati


Hai kawan-kawan....tajuk saya hari ni sakit hati....Apa yang saya sakit hati....
Macam ni,ade satu hari tu....saya malas sangat nak pergi makan tapi digagahkan diri jugak untuk pergi makan di kafe kolej sebab terlalu lapar.Masa tu lebih kurang pukul 10.40 malam.Haaa lewat kan saya makan malam.Masa tu saya seorang diri.

Saya pun tempah la makanan.Kat kafe kami perlu tulis menu makanan yang ingin ditempah pada sehelai kertas kecil dan bayar di kaunter.Masa ni saya bayar kat pekerja kafe perempuan.Lepas tempah makanan saya duduk dikerusi sementara menunggu makanan siap dimasak.Masa saya tunggu makanan tu saya tengok ade pelajar lain yang pergi menempah makanan.Lebih kurang 15 minit saya tengok pelajar yang menempah makanan selepas saya dah dapat makanan mereka.Saya pelik jugak laa,saya yang tempah dulu tapi mereka yang dapat dulu.

Dengan sabarnya saya pun terus menungu,tapi malangnya makanan saya tak siap-siap jugak.Saya dengan perasaan geram bangun dan pergi tanya kat kaunter (masa ni pekerja kafe lelaki pulak,bukan akak tadi) kenapa makanan saya tak siap lagi.Lepas dia cakap tak de pun.Saya cakap laa saya bayar kat seorang akak tadi.Pakcik tu pun pergi dapur dan panggil akak tadi.Bila akak tadi tengok muka saya dia pun cakap alah lupa.Saya ingatkan dia lupa ape.Rupa-rupanya dia lupa nak bawa kertas tempahan saya tadi ke dapur.Maknanya makanan saya tak siap lagi laa.Tambah menyakitkan lagi dia tak buat pun lagi makanan yang saya tempah tu.Ya Allah,sakitnya hati saya.Lepas tu akak tu cakap "macam mana ni,barang-barang kat dapur semua dah basuh".Saya rasa macam nak menangis.

Kalau ikutkan rasa lapar dan marah,saya rasa macam nak telan je akak tu.Tapi bila ingat balik yang saya ni orang Melayu yang beragama Islam,Saya sabar je laa.Saya pun cakap kat akak tu "tak pe laa kak,tak payah makan laa".Masa saya cuba senyum walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sakitnya.Air mata pulak hampir mengalir, tapi saya tahan sebab tak nak bagi akak tu nampak.

Lepas akak tu bagi balik duit saya.Saya keluar dari kafe dan air mata saya terus membasahi pipi.Tiba-tiba saya teringat rumah.Kalau kat rumah tak sempat nak rasa lapar,mak dah masak.

Sampai kat bilik saya terus letak barang-barang dan sambung menangis.Nasib baik roomate saya tengah cakap dengan kawan dia melalui telefon.Tengok dari cara dia cakap macam benda tu penting dan serius.Lepas tu saya pergi bilik Farzana.Bila Farzana bukak pintu saya terus cerita sambil nangis-nangis.Farzana Tanya kenapa saya tak beli roti ataupun keropok je.Saya pun baru terfikir pasal benda tu.Masa tu saya tak tahu nak buat ape dah,apa yang saya tahu nak nangis je.

Lepas saya dah reda sikit dan dah boleh gelak balik.Farzana cakap,"ingatkan kenapa laa tadi macam orang kena sampuk:".Farzana cakap saya macam orang kena sampuk sebab Dah lah pergi bilik dia ketuk kuat-kuat,dengan muka basah pulak tu,bila dia bukak pintu terus masuk dan nangis.Dia pun terkejut.Lepas tu Farzana bagi Maggie Tomyam.Terima Kasih Nana.


salam ukhuwah

Perbentangan 2


Seterusnya perbentangan diteruskan pada 16/5/2013.

Kumpulan 6
Tajuk: Ilmu pertolongan cemas
Banyak berkongsi mengenai ubat sapu,ubat telan,pembalut luka dan perkara-perkara yang berkaitan   dengan kesihatan.






Kumpulan 5
Tajuk : Nostalgia zaman kanak-kanak
Bagi saya tajuk ni paling menarik sebab cerita balik pasal zaman kanak-kanak.Zaman tak ade masalah dan tak payah fikir pasal apa-apa.Main je.Mereka bercerita menganai makanan yang digemari,permainan dan kartun yang digemari pada zaman kanak-kanak.Sangat menarik dan seronok.






Kumpulan 11
Tajuk : Gubahan
Mereka berkongsi maklumat mengenai gubahan bunga, buah, dan hantaran pengantin, manik dan wang kertas.












Kumpulan 16
Tajuk: Pengurusan Stres
Mengenai cara-cara menguruskan tekanan.Ia juga berkenaan tekanan belajar,tekanan percintaan dan tekanan sewaktu peperiksaan.



Kumpulan 10
Tajuk : Aplikasi Mobile
Berkenaan laman sosial masa kini.Mereka mengupas mengenai kegunaan Viber, WhatsApp dan Intagram.








Kumpulan 4
Tajuk : Pakaian Tradisional
Pakaian tradisional bangsa Melayu,India dan Cina.Video yang dihasilkan oleh kumpulan ni sangat menarik.







Kumpulan 7
Tajuk : Coklat



Kumpulan 9
Tajuk : Video Parodi
Berkenaan definisi parodi,jenis-jenis video parodi,kebaikan dan keburukan video parodi.





Bersambung.....




 
 








salam ukhuwah